Waahhh! Banyak betul hobi baru. Beberapa bulan lepas baru je berjinak-jinak dengan dengan oven baru. Sekarang dah ada hobi baru lagi. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah… I pun macam terkagum dengan diri sendiri sebab berjaya ada hobi selain kerja, makan dan tidur. Hahahaha.
My new hobby for 2012 is gardening! Yes, you heard me right. Macam makcik2 kan hobi baru I ni. Mungkin sebab faktor usia yang akan mencecah 30an tahun ini?? Oh no!! (faint)
Apa yang saya tanam? Setakat ini ada 3 jenis tanaman di laman rumah saya yang macam padang jarak padang tekukur . Serai, daun kari dan daun kunyit. Hahahaha..bila tengok senarai tanaman lagi lah macam makcik2 kan? Tak kisah lah. Sekurang-kurangnya adaaaa… Lagi pun malas nak tanam bunga-bungaan bukan boleh buat makan pun (ececehh..). Ye lah, setakat nak beli daun kari pun kena pergi beli kat Tesco, tak ke sakit hati?
Tapi, rasa sangat puas hati bila siram pokok hari2 dan nampak daun2 mula tumbuh. Oh, tapi yang I tanam from scratch hanyalah pokok serai. Yang lain2 tu pokok segera sebab mak I yang bagi. Thanks mom! Lepas ni bagilah pokok2 lain pulak ye..Hehehe
Sepatutnya macam ni la rupa daun kunyit. Tapi daun2 kunyit saya dah kena makan oleh serangga!! Dah macam kena gigit tikus…Huhuhu Image: Google |
Projek tanaman seterusnya adalah daun limau purut dan daun pandan (eh2, kenapa semuanya berkonsepkan daun ni? )
Wish me luck ya!
0 comments:
Post a Comment