Resepi Puding Jagung Kak Farah, kakak ipar si Fuzzy |
Panjang tak tajuk resepi? Hehehe…Tapi memang betul ye caption di atas tu. Resepi puding jagung ni memang saya belajar from Kak Farah melalui si Fuzzy. Setiap kali nak buat puding jagung yang lemak berkrim ni mesti telefon Fuzzy. Sehingga satu hari tu si Fuzzy naik bengang dan suruh saya copy and paste resepi ni kat peti sejuk dan jangan telefon dia lagi (exaggerate sket :-P).
Ok, rasanya cukuplah mukadimah tentang asal usul resepi ni. Here is the recipe:
Puding Jagung
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
1 cawan gula (kalau nak kurangkan dan tambah pun boleh, terpulang pada lidah masing2 ye)
½ cawan santan
3 cawan air
Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau sebati
2. Masak di atas api sederhana sehingga likat dan berkilat (lebih kurang 15-20 minit)
3. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Senang je kan? Resepi ni ditujukan khas buat Cik Ja yang takut nak mintak resepi daripada Fuzzy, nanti kena marah. Hahaha..Jangan marah ye Fuzzy, gurau2 je!
0 comments:
Post a Comment