RSS

Friday, May 27, 2011

Siapa punya bau ni? Masalah..masalah..

Semalam kecoh satu ofis. Selepas lunch, ofis telah digembarkan dengan bau yang sungguh menusuk hidung dan amat  kurang menyenangkan. Kecoh. Macam ada orang hilang duit RM1 juta la lagaknya! Hehehe. Ini kisah benar ye bukan rekaan semata-mata.

Bermula la aktiviti menyiasat tapak kasut masing-masing takut ada tahi yang tak diundang melekat di tapak kasut masing-masing. Ada yang tunjuk secara terang-terangan dan ada yang diam-diam check kat tempat sendiri *saya la tu* Masih tak dapat dikesan. 

Maka langkah ke-dua bermula, iaitu sembur perfume secara besar-besaran. Setiap cubicle ada bau yang berbeza-beza, ada Estee Lauder, DKNY Apple (ok, yang ini tipu, this is actually my wishlist :-P) dan hand sanitizer. 

Tapi, ada bau lagi. Macam mana ni? Jadi kena teruskan ke langkah ke-tiga, call unit penyelenggaraan dan cleaner. Siasatan secara serius harus dijalankan. Hehehe. Serius tak? Ok, nak cerita ke kesudahan bau busuk ni? Tak payah la, dah jadi entri merepek dah ni.
My favorite green apple
Sebenarnya, yang penting adalah pengajaran daripada cerita ini. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian  walaupun sebesar-besar atau sekecil-kecil masalah. Kita perlu berusaha dan bukan sekadar berpeluk tubuh atau melarikan diri dengan harapan masalah akan selesai. We need to find the first step to initiate the solution. Things won't change unless we try to change it. Cewwaahhh..Macam pakar motivasi. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.  

Kesimpulannya, kalau sanggup tahan bau busuk tak payah buat apa-apa. Sanggup ke?

0 comments: